Selipar Jepun atau "Flip-Flops" adalah jenis sandal terbuka yang berasal dari Negara Jepun. Versi asal Zori berbentuk tenunan telah digunakan secara meluas sebagai sebahagian daripada Pakaian Pantai di New Zealand pada tahun 1930-an.
Selepas Peperangan Dunia ke 2, fesyen ini dipopularkan oleh Tentera Amerika yang pulang dari Peperangan Pasifik. Setelah 1 dekad, perbuatannya mula berubah dari Kain Tenunan kepada Plastik. Pada tahun 1950-an, satu rekacorak baru telah direka dan dipaternkan oleh Morris York pada 1957 di Auckland New Zealand. Namun, tuntutan ini baru-baru ini dpertikaikan oleh anak-anak John Cowie.
John Cowie adalah seorang pengusaha berbangsa Inggeris yang memulakan perniagaan plastik di Hong Kong selepas perang. Anak-anaknya mendakwa bahawa Cowie mula menghasilkan selipar versi plastik di akhir 1940-an di mana Yock dari New Zealand hanya sebagai pengimport selipar tersebut.
Menurut anak-anak Cowie juga, ayah mereka menggunakan nama "Jandal " iaitu nama singkatan dari " Japanese Sandal " atau " Selipar Jepun ". John Cowie dan keluarganya dikatakan telah berpindah ke New Zealand pada tahun 1950-an.
Kata "Jandal" walaubagaimanapun telah digunakan di New Zealand sebagai merujuk kepada jenis Sandal Jepun tersebut, jenama "Jandal" telah digunapakai secara kormisyel oleh Syarikat Skellerup. Pasangan Jandal yang pertama dikeluarkan oleh syarikat Skellerup adalah pada saingan Dunlop dalam tahun 1960.
Di luar negara New Zealand, Jandal dikenali dengan pelbagai nama. Di Australia ia dikenali sebagai "Thongs" di mana ia menjadi porpular setelah diguna oleh Pasukan Renang Olimpik Australia pada Temasya Sukan Olimpik Melbourne pada 1956.
Di England dan Amerika Syarikat ia lebih dikenali dengan nama "Flip-Flops", manakala di Malaysia pula masyarakat kita menggelarnya " Selipar Jepun ".
Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Flip-flops
No comments:
Post a Comment