Monday, 23 September 2013

Aku si selipar jepun

Aku...
Si selipar jepun
wujud di tepi tangga rumag
tiada yang menyedari aku di situ

Aku...
Si selipar jepun
setia menunggu di tangga rumah
menanti yg tiba dan yg mahu berlalu...

ye...
aku hanya selipar jepun
tetapi aku berguna
apabila keadaan memerlukan
dan tiada pilihan
aku sentiasa di perhatikan

Walaupun gah bila diperlukan
namun aku sedar...
aku hanya selipar jepun
ketika mereka mempunyai pilihan...
Aku?...
aku bukan pilihan meraka
aku hanya memerhati di penjuru tangga

Sedihkan kehidupan aku ?
kadang2 selipar yang murah ini
di cari bagai mencari emas dlm kaca
namun aku sedar...
aku hanya sebuah selipar jepun...
hanya org2 dahulu kala
yg tahu menilai aku
bukan mereka skrg kerna aku hanya
sebuah selipar jepun

kadang2...
bukan semua org tahu menghargai diri kita
walaupun mereka seolah2 mengerti dan memahami diri kita,
namun hakikat sekiranya dihalusi...
hanyalah sebuah lakonan
untuk kehidupan mereka...
demikianlah ceritaku

cerita si selipar jepun...

sekian

No comments:

Post a Comment