Tuesday, 12 November 2013

Kesah itu...

Pic lame..tp still segar dlm ingatan.dimane dan mengape...hmm

Di Genting Highland! kerana membawa diri yg sdg bertarung dgn kesedihan yg ala2 serius jgk la.hihihihi..kononnye...
itu dulu.segale kenangan dlu dh x simpan dlm hati.Biar saje angin lalu membawa pergi.Aku sudah bertemu titik permulaan utk membina bahagia. deritaku bahagiaku bukan kamu yg tentukan. Aku dh boleh memilih jalan yg terbaik bagiku tanpe perlu meminta pendapat kamu. Kamu sgt mendabik dada dgn ape yg kamu miliki kini. Igt lah..bukan slamenye kite di atas. bile smpai waktu kamu tersungkur bgn la perlahan-lahan. Jgn cari aku lg..Tangan ini xkan menyambut kembali tanganmu kerana ade tangan lain yg sudah memimpin tanganku ke arah KEBAHAGIAN yg jujur : ) . tiada doa utkmu..maaf.. aku cume mendoakan kepade org2 di sekelilingku yg bersama aku di saat ape jua keadaan.

Selamat tinggal kehidupan lameku..Selamat tinggal juge utk mu..100% dirimu tidak lg wujud dlm diriku.

yeahhh next week is my E-Day with eddie parut. my love
semoge semua berjalan lancar..Ya Allah..berkati lah hidup kami..Amin..

Tuesday, 24 September 2013

Sipo Unik

Comel x sipo ni ? hehehehe.. duk belek2 blog org lain jmpe plak sipo ni. Nape la awk x tye org tu npe die bt sipo ni mcm ni. Takut org lain curik la tuh. xpun mmg fesyen die kot. Nk tiru xsmpai ati plak. Apepun tahniah sgt2 kpd si pemilik sipo ni. Tp ati2 ye mase jln. Kang x psl2 dpt jahit kaki tu! hehehe

# x sabo nk celebrate besday mak mlm ni ! slmt ari lahir mak. love u muahhhh2

Monday, 23 September 2013

Rindu

Aku disini kan slalu menunggu
Yg slalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yg terakhir...

》berbaju sipo 《


Aku si selipar jepun

Aku...
Si selipar jepun
wujud di tepi tangga rumag
tiada yang menyedari aku di situ

Aku...
Si selipar jepun
setia menunggu di tangga rumah
menanti yg tiba dan yg mahu berlalu...

ye...
aku hanya selipar jepun
tetapi aku berguna
apabila keadaan memerlukan
dan tiada pilihan
aku sentiasa di perhatikan

Walaupun gah bila diperlukan
namun aku sedar...
aku hanya selipar jepun
ketika mereka mempunyai pilihan...
Aku?...
aku bukan pilihan meraka
aku hanya memerhati di penjuru tangga

Sedihkan kehidupan aku ?
kadang2 selipar yang murah ini
di cari bagai mencari emas dlm kaca
namun aku sedar...
aku hanya sebuah selipar jepun...
hanya org2 dahulu kala
yg tahu menilai aku
bukan mereka skrg kerna aku hanya
sebuah selipar jepun

kadang2...
bukan semua org tahu menghargai diri kita
walaupun mereka seolah2 mengerti dan memahami diri kita,
namun hakikat sekiranya dihalusi...
hanyalah sebuah lakonan
untuk kehidupan mereka...
demikianlah ceritaku

cerita si selipar jepun...

sekian

Sunday, 22 September 2013

Asal Usul Selipar jepun (sipo)

Selipar Jepun atau "Flip-Flops" adalah jenis sandal terbuka yang berasal dari Negara Jepun. Versi asal Zori berbentuk tenunan telah digunakan secara meluas sebagai sebahagian daripada Pakaian Pantai di New Zealand pada tahun 1930-an.

Selepas Peperangan Dunia ke 2, fesyen ini dipopularkan oleh Tentera Amerika yang pulang dari Peperangan Pasifik. Setelah 1 dekad, perbuatannya mula berubah dari Kain Tenunan kepada Plastik. Pada tahun 1950-an, satu rekacorak baru telah direka dan dipaternkan oleh Morris York pada 1957 di Auckland New Zealand. Namun, tuntutan ini baru-baru ini dpertikaikan oleh anak-anak John Cowie. 


John Cowie adalah seorang pengusaha berbangsa Inggeris yang memulakan perniagaan plastik di Hong Kong selepas perang. Anak-anaknya mendakwa bahawa Cowie mula menghasilkan selipar versi plastik di akhir 1940-an di mana Yock dari New Zealand hanya sebagai pengimport selipar tersebut.

Menurut anak-anak Cowie juga, ayah mereka menggunakan nama "Jandal " iaitu nama singkatan dari " Japanese Sandal " atau " Selipar Jepun ". John Cowie dan keluarganya dikatakan telah berpindah ke New Zealand pada tahun 1950-an.

Kata "Jandal" walaubagaimanapun telah digunakan di New Zealand sebagai merujuk kepada jenis Sandal Jepun tersebut, jenama "Jandal" telah digunapakai secara kormisyel oleh Syarikat Skellerup. Pasangan Jandal yang pertama dikeluarkan oleh syarikat Skellerup adalah pada saingan Dunlop dalam tahun 1960.

Di luar negara New Zealand, Jandal dikenali dengan pelbagai nama. Di Australia ia dikenali sebagai "Thongs" di mana ia menjadi porpular setelah diguna oleh Pasukan Renang Olimpik Australia pada Temasya Sukan Olimpik Melbourne pada 1956.

Di England dan Amerika Syarikat ia lebih dikenali dengan nama "Flip-Flops", manakala di Malaysia pula masyarakat kita menggelarnya " Selipar Jepun ".



Secawan milo

Secawan milo sekeping biskut..pakej makan pagi+tengahari.Jimat katanya.milo tidak bergula.Mulai hari ini dah kene belajar cara-cara menjimatkan gula.Sebab?? Kerajaan cakap nak naikkan harga gula untuk mengelakkan ramai rakyat malaysia terkena penyakit diabetes.wow! Interesting! Jahat la diabetes ni.Kerana diabetes gula dapat nama.Mujur sipo tak  bersalah.Just wait and see. Kais pagi makan pagi.petang tak kais tak makanlah kita.hehehehe..peringatan untuk diri sendiri je.
Alhamdullilah..dah kenyang.Jom sambung kerja★